Saturday, June 11, 2011

The Making Of My BFF's Engagement Video



Uish, siap ada the making of segala dah macam Merong Mahawangsa pulak. Takpelah, aku sekadar ingin berkongsi pengalaman lagipun nie kan blog i. Suka hati mak la nak..Penggunaan kata ganti diri memang hancur betul.

Sebenarnya dah lama aku tak buat kerja-kerja editing nie, last sekali 2 tahun lepas aku kerja di sebuah post-production company. Time tu memang seronok sebab banyak dapat job TV3, buat 'ident'. Apa itu ident? 'Ident' tu montage yang buat intro yang kalau macam slot seram kat TV3 tu yang ada grafik-grafik hantu pastu kubur..ha tulah dia. Kejap je keluarnya kat TV tu, adalah dalam 8 saat tapi nak bikinnya tu pening kepala woo.

Selain buat 'ident' tu, adalah dua tiga korporat video yang aku buat. Memang enjoy sangat kerja situ dengan peralatan gempak semua.. pakai Mac high spec ok, tapi jodoh tak panjang lak kat situ. Aku terpaksa quit atas sebab-sebab tertentu macam takde life langsung, 24/7 duduk ofis je dan mak aku marah. Walaubagaimanapun, banyak ilmu yang aku timba kat situ sampaikan lepas kerja kat situ aku dah tak minat filem-filem CGI sebab aku dah tau secara details macammana dierang buat effect2 tu semua, duh...

Ok, kembali pada pembikinan engagement video nie..proses editing nie kiranya agak mencabar sebab aku hanya dapat 'raw file' benda yang dah siap shoot then baru nak fikir storyboard dan pemilihan lagu. Sepatutnya dalam pembikinan sesebuah video, kita perlu siap sedia dari awal, storyboard. Storyboard paling penting dalam pembikinan sesebuah video. Dalam storyboard kita dah kena fikirkan shot-shot macammana yang nak shoot pada actual day nanti, termasuk skrip sekali. Siapa suruh aku sibuk sangat menjelang pertunangan Shaza nie sampai takde masa nak terlibat pun. Maafkan saya :)

Proses yang kedua, pemilihan lagu. Lagu sebaik-baiknya kita pilih dari awal supaya director boleh fikirkan angle dan shot macammana yang nak ambik pada hari yang sebenarnya tu nanti. Scene-scene yang kita susun dan masukkan selalunya ikut beat lagu.

Akhir sekali, barulah proses editing. Macam-macam kena adjust macam lighting, color balance dan macam-macam lagilah aspek untuk buat video kelihatan menarik. 

Kenapa selalunya director's cut video charge nya lebih mahal dari biasa...? Sebab kalau director's cut nie biasanya resultnya akan lebih gempak sebab orang yang sama buat semua proses. Dia yang create storyboard, dia yang direct, dan dia yang edit..Kalau bukan director's cut punya video, orang lain yang akan edit maka feelnya kurang sedikit.

Aku bukanlah otai bikin-bikin filem nie, tapi nie memang minat aku dan aku adalah pengalaman sikit. Dari zaman kolej dulu lagi, kerja aku adalah mengedit video. So, nie pandangan peribadi aku dan pengalaman peribadi aku je. Yang menarik, ini kali pertama aku edit video majlis-majlis sebegini. Macam best pulak y'all.

P/S : Sesiapa yang suka, silalah melawat page IndahKarya Production yea! Sila-silakanlah sebar-sebarkan page nie boleh tambah income gua der, nanti gua kasikla komisyen untuk lu der...

Sekian terima kasih :)

Sunday, June 5, 2011

Marilah Menari



Kecoh sana sini pasal video klip menari ghairah. Dalam suratkhabar, dalam blog, dalam forum..kecoh sangat sampai aku pun google. Aku menontonnya dengan fikiran yang sangatlah terbuka. 'Open-minded' lah katakan. Dengan kelajuan internet yang tiada tolok bandingnya, aku meneliti satu persatu aksi dalam video itu.


Sampai habis aku menontonnya dan mana seninya, duh...Ini bukan seni tapi ini desperado type punya film. Itu aku yang tersangatlah open-minded nya, cuba kalau yang tak open-minded apalagilah reaksi mereka. Patutlah kecoh semacam. Katanya untuk pasaran Amerika, orang Amerika pun bo layan kot video klip macam nie.


Mari kita bercakap dengan fikiran terbuka. Memanglah sex, nudity tu salah satu cabang seni. Kate Winslet pun sanggup biarkan Mario Testino ambil gambar bogelnya untuk satu pameran fotografi baru-baru ini tapi itu di Amerika, ini Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran dan negara Islam. Tak payah nak tiru sangatlah buat-buat video klip macamnie sebab tak menjadi pun seninya, yang scene 'green screen' tu pun nampak macam main-main je edit. Kalau untuk pasaran Amerika, ingat laku ke video klip yang bikin cincai macam nie, pembikin filem amatur dierang pun lagi gempak filemnya.


Dan lagi satu..no offense Prema Yin, anda tidak hot.


P/S : Gua saje je nak komen gak pasal nie, boleh naikkan trafik blog gua der...baik gua layan video Marian Rivera menari lagi bagus der...

Friday, June 3, 2011

Nora Elena dan Ros Merah



Sesungguhnya kalaulah ada dijual di pasaran mesin untuk memadamkan semua memori2 tentang kau aku akan beli mesin itu dan akan berusaha mendapatkannya walau berapa mahal pun mesin itu.

Sekembalinya ke rumah dari Bukit Bintang, aku terjebak menonton Nora Elena. Ya Tuhan, kenapalah bila time aku menontonnya seluruh episod tu dipenuhi dengan bunga ros. Keghairahan Nora menikmati keindahan bunga ros tu mengingatkan aku pada kau, duh. Ekspresi Elena menghargai setiap bunga-bunga ros itu memang betul-betul mendera perasaan aku.

Dulu pun aku tak suka bunga, tak faham kenapa orang nak kasi bunga dan kenapa orang suka sangat bila dapat bunga. Bagi aku dulu, beli bunga tu sangatlah membazir tapi lama kelamaan bila aku dapat rasakan betapa indahnya perasaan melihat ekspresi orang yang menerima bunga tu, aku dah mengerti. Sejak itu, bunga jadi teman baik aku untuk menyelesaikan masalah. Bunga untuk meminta maaf, bunga untuk menzahirkan tanda ingatan, bunga untuk meluahkan rasa, bunga di hari jadi. Kini aku sudah sangat arif tentang semua warna-warna bunga dan maksudnya.

Pengalaman yang sangat aku tidak boleh lupakan, 50 kuntum bunga ros sebagai pengganti diri memohon kemaafan. 25 kuntum merah dan 25 kuntum putih. Kalau dicongak-congak, mungkin sudah beribu duit aku habiskan untuk bunga yang paling lama pun mampu bertahan hanya seminggu mekarnya. Namun, yang membuatkan diri rasa dihargai pabila orang yang menerima sanggup mengeringkan bunga itu dan menyimpannya.

Kali terakhir aku menyentuh bunga ros merah, tahun lepas di Bukit Bintang sewaktu harijadimu dan sudah semestinya bunga yang menjadi pilihan ialah sejambak ros merah yang diimport and your reaction was priceless… Dulu kalau aku kena pegang bunga aku rasa macam geli geliman tapi sekarang aku bangga bila memegangnya. Sangat bangga sebab aku sekarang dah tahu menghargai keindahan bunga itu.
Walaupun sekarang keadaan telah berbeza, memori yang sudah tercipta tetap tidak boleh dipadamkan.

“ Nothing says romance like red roses….”

P/S : Akhirnya aku terjebak jugak tengok cerita nie sebab terpengaruh dengan status-status semua orang di Facebook. Patutlah pelakon-pelakonnya macam ada chemistry, Aaaron Aziz dan Siti Saleha tu dua-dua Pisces  ;)

Saturday, May 28, 2011

Nurkasih The Movie (2011)





Kehebatan drama bersiri Nurkasih ini telah membawa aku menonton filem ini pada hari pertama tayangannya. Sejak pertama kali menonton drama bersirinya dulu aku terus terpana dengan keindahan skrip dan sinematografi  yang ditonjolkan dalam drama bersiri yang mencipta fenomena pada  tahun 2009 ini. Kisah hidup Adam yang dipaparkan juga punya kaitan rapat dengan hidup aku.

“Ambillah apa saja kecuali Nur….” Kata Adam di tengah padang pasir selepas insiden kemalangan keretapi. Adam begitu takut kehilangan Nur dan Adam menadah tangan ke langit berdoa supaya ambillah apa saja darinya kecuali Nur. Bagi aku,inilah permulaan cerita dalam filem ini.






Babak-babak yang sebelumnya seperti  agak kabur dan kelam kabut. Scene Aidil yang membaca Yasin sambil tersekat-sekat seolah-olah begitu kabur,kalaulah aku menonton filem ini tanpa membaca sinopsisnya terlebih dahulu semestinya aku kebuntuan.  Pelakon cilik yang memegang watak Ilyas ini patut diberi pujian kerana sesungguhnya lakonannya berjaya menyentuh hati. Kecomelan Mia Sara dan lakonan bersahajanya memang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya.





Di sebalik kehebatan Tiz Zaqyah,Remy Ishak dan Fizz Fairuz mempersembahkan watak Nuramina, Adam dan Aidil yang sememangnya berjaya meruntun hati rata-rata penonton filem ini namun masih ada kecacatan dalam filem ini yang mengganggu jiwa penonton. Aku akui pembikinan filem tidak sama seperti drama bersiri,kerana kekangan waktu hanya 1 jam 35 minit untuk memuatkan keseluruhan cerita . Namun,pada pendapat aku teknik flashback yang digunakan dalam filem ini tidak begitu memikat hati aku. Bagi aku,terlalu banyak flashback scene dan ianya mengganggu sedikit ‘mood’ aku menonton filem  ini. Mungkin lebih elok jika penceritaan tanpa menggunakan teknik flashback dan teknik-teknik CGI yang mencacatkan filem ini. Hanya dengan keindahan sinematografi yang dipaparkan sudah mampu menjulang filem ini kerana tunjang utama Nurkasih ialah para pelakonnya,skrip dan sinematografinya bukan CGI. Biarkan saja Merong Mahawangsa dengan CGInya,boleh save budget.






Jika kita mengikuti siri Nurkasih ini,pasti terkesan di jiwa betapa banyaknya dugaan yang dilalui Adam sepanjang hidupnya. Sejak Adam mula sedar dari dunia jahilnya, terlalu banyak dugaan yang menimpa Adam. Kematian anaknya sewaktu di Australia, lemas di sungai, terperangkap selama lebih setahun di Mumbai kerana terperangkap di gua kerana kejadian bom, dan dalam filem pula sekali lagi diuji dengan Nur keguguran, mengalami kemalangan keretapi, tersangkut dalam rebut pasir di tengah-tengah padang pasir, dan mengalami komplikasi jantung dan hanya menunggu ajal tiba. Mungkin kerana ingin memuatkan semua konflik ke dalam sebuah filem berdurasi 1jam 35minit inilah yang membuatkan penceritaan dalam filem ini nampak begitu tergesa-gesa ingin sampai ke garisan penamat.




Secara peribadi,ada beberapa babak yang memberi kesan pada aku.Antaranya babak seorang ustaz menolak untuk mengajar anak-anak di mana Adam dan Nuramina mengajar,babak Mak Jah memberikan album gambar pada Adam kerana tahu masa Adam yang tinggal di dunia hanya tinggal sedikit, dan sudah semestinya babak Adam menadah tangan ke langit berdoa memohon supaya ambillah apa saja dari dia tapi bukan Nur. Aku yakin Mira Mustafa ingin menyampaikan pada kita bahawa walau dalam keadaan apa sekalipun kita di dunia ini,jangan sesekali kita meminta pada Allah ambillah apa saja kerana seolah-olah kita kufur dengan nikmat yang diberikan-Nya. Kesengsaraan yang dilalui Adam selepas itu menunjukkan yang Allah telah memakbulkan doanya.Namun, Adam masih diberikan peluang kedua pabila di saat-saat akhir menerima penderma iaitu Mamat.


Watak Mamat yang diterajui Muniff Isa dan juga watak yang dibawakan oleh Sara Ali itu kalau dikupas lebih lanjut memang menarik tapi kerana kesuntukan waktu kita tidak punya kesempatan untuk mengenali watak ini dengan lebih mendalam lagi.Semestinya ada sebab yang kukuh dan ada cerita di sebalik kenapa  Mamat begitu sayangkan Adam dan sanggup berkorban untuk Adam dan Aidil. Persembahan cemerlang oleh dua pelakon baru ini wajar diberikan pujian,walau hanya muncul di beberapa babak tapi berjaya memberikan impak besar. Jika menonton trailer filem ini pada awalnya, semua menyangkakan bahawa kubur yang dilawati Aidil itu adalah kubur Adam tetapi sebaliknya itu kubur Mamat. Pengorbanan Mamat memberikan peluang kedua kepada Adam untuk hidup.

Jika dalam drama bersirinya watak Mak Jah meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa penonton tetapi dalam filem ini watak Mak Jah agak kurang meninggalkan impak kerana hanya sedikit babak yang melibatkan Mak Jah  tetapi antara yang diingati oleh penonton ialah gelagat lucu Mak Jah dan cucunya lakonan Mia Sara.

”Tok Wan pun cantik,nak gula-gula..”.

Pemilihan pelakon untuk watak Nuramina dan Aidil sewaktu tua memang terbaik pada pemikiran saya,Rahim Razali dan Afida Es.

Abang akan jaga Nur sampai bila-bila…itu janji abang pada Adam..”

Di akhir cerita, di waktu usia tua mereka bertiga,Adam terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka. Aidil masih setia menjaga Nur hingga ke akhirnya.Perkara ini seolah-olah menggambarkan cinta Nur dan Adam tidak akan lengkap tanpa pengorbanan Aidil.Ada juga lagi beberapa unsur metafora yang diselitkan dalam filem ini iaitu di mana sewaktu Adam sedang menyiapkan lukisannya,Nur datang dan membantu Adam menyiapkan lukisannya.Adegan ini bagi aku begitu simbolik,perjalanan hidup Adam tidak akan lengkap tanpa Nur.

Walaupun ada sedikit kecacatan,terlalu besar pengajaran yang boleh digunakan dalam hidup yang boleh didapati dalam filem ini,antaranya kita haruslah redha dengan semua ujian dan dugaan yang didatangkan Allah kerana sesungguhnya tiada duka yang abadi…Allah tidak akan menduga seseorang itu melebihi kemampuannya…dan janganlah sekali-kali kita cintakan manusia atau perkara lain lebih dari cinta kita kepada Allah swt kerana di akhir usia hanya itu yang akan setia bersama kita.

Seperkara lagi, yang membuatkan penonton berasa dekat dengan filem ini kerana ianya memaparkan realiti sebenar kehidupan dan bukannya tipikal cerita Melayu yang selalu memaparkan unsur-unsur korporat,projek juta-juta.Kita boleh lihat dalam filem ini bagaimana Nur dan Adam mengalami krisis kewangan apabila Adam jatuh sakit.

“Nur adalah kurniaan terindah buat abang..”

Persembahan cemerlang Tiz Zaqyah,Remy Ishak dan Fizz Fairuz patut diberikan penghargaan kerana tanpa mereka filem ini tidak akan hidup. Tiz Zaqyah seolah-olah menjiwai watak ini dengan sepenuh hati sehinggakan setiap kali Nuramina bersedih,penonton dapat merasakan sekali kesedihannya.Memang terbaik. Namun,aku tidak pasti apakah maklum balas dari penonton filem ini yang belum pernah menyaksikan drama bersirinya,dapatkah mereka menyelami jiwa Nur,Adam dan Aidil dalam filem ini kerana di awal filem hanya diberikan sedikit pendahuluan untuk watak mereka.

Berani aku katakan, ini bukanlah hasil karya terbaik dari Kabir Bhatia tetapi apakan daya aku pasti semua ini kerana kekangan waktu dan kehendak penonton yang inginkan pengakhiran kisah cinta Adam dan Nuramina.Demi memuaskan hati semua pihak,inilah yang terbaik dapat dipersembahkan oleh Kabir.Pada pandangan aku, filem Cinta dan filem Sepi lebih indah dan kemas olahan skrip dan penceritaannya.
Apapun tahniah kerana buat pertama kalinya ada sebuah filem Melayu yang berjaya membuatkan aku sebak (baca : menitiskan air mata)dalam pawagam.


"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita..."

Thursday, May 26, 2011

Aku dan Mimpi









Lama tidak menulis rasa seperti hilang sebahagian identiti diri aku.
 Baru-baru ini aku menyelak kembali blog lama tulisan aku 2 tahun lepas, rasa pilu hati membaca semuanya dan rasa rindu yang teramat sangat untuk menulis kembali.
Kisah kau dan aku. Kini tiada lagi kisah kita kerana aku telah campakkannya jauh-jauh dari hati. Walau kadangkala rasa itu tetap hadir dan menyesakkan dada pabila mengingatkan  semua janji yang dimungkiri. Namun,aku yakin ini pilihan terbaik.
Kau sendiri pernah katakan “Macam mana nak lupa…memang tak boleh lupa sampai bila-bila walau tak berjumpa…” Ye sekarang terasa menyesal kerana terlalu banyak mencipta sweet memories together..kalau takde kan senang nak lupa...
Apa yang berlaku dalam hidup aku,ini yang tertulis untuk aku dan aku redha.Mungkin ini semua balasan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini tapi aku yakin akan ada kebahagiaan lain untuk aku akan datang, insyaAllah.