Saturday, May 28, 2011

Nurkasih The Movie (2011)





Kehebatan drama bersiri Nurkasih ini telah membawa aku menonton filem ini pada hari pertama tayangannya. Sejak pertama kali menonton drama bersirinya dulu aku terus terpana dengan keindahan skrip dan sinematografi  yang ditonjolkan dalam drama bersiri yang mencipta fenomena pada  tahun 2009 ini. Kisah hidup Adam yang dipaparkan juga punya kaitan rapat dengan hidup aku.

“Ambillah apa saja kecuali Nur….” Kata Adam di tengah padang pasir selepas insiden kemalangan keretapi. Adam begitu takut kehilangan Nur dan Adam menadah tangan ke langit berdoa supaya ambillah apa saja darinya kecuali Nur. Bagi aku,inilah permulaan cerita dalam filem ini.






Babak-babak yang sebelumnya seperti  agak kabur dan kelam kabut. Scene Aidil yang membaca Yasin sambil tersekat-sekat seolah-olah begitu kabur,kalaulah aku menonton filem ini tanpa membaca sinopsisnya terlebih dahulu semestinya aku kebuntuan.  Pelakon cilik yang memegang watak Ilyas ini patut diberi pujian kerana sesungguhnya lakonannya berjaya menyentuh hati. Kecomelan Mia Sara dan lakonan bersahajanya memang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya.





Di sebalik kehebatan Tiz Zaqyah,Remy Ishak dan Fizz Fairuz mempersembahkan watak Nuramina, Adam dan Aidil yang sememangnya berjaya meruntun hati rata-rata penonton filem ini namun masih ada kecacatan dalam filem ini yang mengganggu jiwa penonton. Aku akui pembikinan filem tidak sama seperti drama bersiri,kerana kekangan waktu hanya 1 jam 35 minit untuk memuatkan keseluruhan cerita . Namun,pada pendapat aku teknik flashback yang digunakan dalam filem ini tidak begitu memikat hati aku. Bagi aku,terlalu banyak flashback scene dan ianya mengganggu sedikit ‘mood’ aku menonton filem  ini. Mungkin lebih elok jika penceritaan tanpa menggunakan teknik flashback dan teknik-teknik CGI yang mencacatkan filem ini. Hanya dengan keindahan sinematografi yang dipaparkan sudah mampu menjulang filem ini kerana tunjang utama Nurkasih ialah para pelakonnya,skrip dan sinematografinya bukan CGI. Biarkan saja Merong Mahawangsa dengan CGInya,boleh save budget.






Jika kita mengikuti siri Nurkasih ini,pasti terkesan di jiwa betapa banyaknya dugaan yang dilalui Adam sepanjang hidupnya. Sejak Adam mula sedar dari dunia jahilnya, terlalu banyak dugaan yang menimpa Adam. Kematian anaknya sewaktu di Australia, lemas di sungai, terperangkap selama lebih setahun di Mumbai kerana terperangkap di gua kerana kejadian bom, dan dalam filem pula sekali lagi diuji dengan Nur keguguran, mengalami kemalangan keretapi, tersangkut dalam rebut pasir di tengah-tengah padang pasir, dan mengalami komplikasi jantung dan hanya menunggu ajal tiba. Mungkin kerana ingin memuatkan semua konflik ke dalam sebuah filem berdurasi 1jam 35minit inilah yang membuatkan penceritaan dalam filem ini nampak begitu tergesa-gesa ingin sampai ke garisan penamat.




Secara peribadi,ada beberapa babak yang memberi kesan pada aku.Antaranya babak seorang ustaz menolak untuk mengajar anak-anak di mana Adam dan Nuramina mengajar,babak Mak Jah memberikan album gambar pada Adam kerana tahu masa Adam yang tinggal di dunia hanya tinggal sedikit, dan sudah semestinya babak Adam menadah tangan ke langit berdoa memohon supaya ambillah apa saja dari dia tapi bukan Nur. Aku yakin Mira Mustafa ingin menyampaikan pada kita bahawa walau dalam keadaan apa sekalipun kita di dunia ini,jangan sesekali kita meminta pada Allah ambillah apa saja kerana seolah-olah kita kufur dengan nikmat yang diberikan-Nya. Kesengsaraan yang dilalui Adam selepas itu menunjukkan yang Allah telah memakbulkan doanya.Namun, Adam masih diberikan peluang kedua pabila di saat-saat akhir menerima penderma iaitu Mamat.


Watak Mamat yang diterajui Muniff Isa dan juga watak yang dibawakan oleh Sara Ali itu kalau dikupas lebih lanjut memang menarik tapi kerana kesuntukan waktu kita tidak punya kesempatan untuk mengenali watak ini dengan lebih mendalam lagi.Semestinya ada sebab yang kukuh dan ada cerita di sebalik kenapa  Mamat begitu sayangkan Adam dan sanggup berkorban untuk Adam dan Aidil. Persembahan cemerlang oleh dua pelakon baru ini wajar diberikan pujian,walau hanya muncul di beberapa babak tapi berjaya memberikan impak besar. Jika menonton trailer filem ini pada awalnya, semua menyangkakan bahawa kubur yang dilawati Aidil itu adalah kubur Adam tetapi sebaliknya itu kubur Mamat. Pengorbanan Mamat memberikan peluang kedua kepada Adam untuk hidup.

Jika dalam drama bersirinya watak Mak Jah meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa penonton tetapi dalam filem ini watak Mak Jah agak kurang meninggalkan impak kerana hanya sedikit babak yang melibatkan Mak Jah  tetapi antara yang diingati oleh penonton ialah gelagat lucu Mak Jah dan cucunya lakonan Mia Sara.

”Tok Wan pun cantik,nak gula-gula..”.

Pemilihan pelakon untuk watak Nuramina dan Aidil sewaktu tua memang terbaik pada pemikiran saya,Rahim Razali dan Afida Es.

Abang akan jaga Nur sampai bila-bila…itu janji abang pada Adam..”

Di akhir cerita, di waktu usia tua mereka bertiga,Adam terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka. Aidil masih setia menjaga Nur hingga ke akhirnya.Perkara ini seolah-olah menggambarkan cinta Nur dan Adam tidak akan lengkap tanpa pengorbanan Aidil.Ada juga lagi beberapa unsur metafora yang diselitkan dalam filem ini iaitu di mana sewaktu Adam sedang menyiapkan lukisannya,Nur datang dan membantu Adam menyiapkan lukisannya.Adegan ini bagi aku begitu simbolik,perjalanan hidup Adam tidak akan lengkap tanpa Nur.

Walaupun ada sedikit kecacatan,terlalu besar pengajaran yang boleh digunakan dalam hidup yang boleh didapati dalam filem ini,antaranya kita haruslah redha dengan semua ujian dan dugaan yang didatangkan Allah kerana sesungguhnya tiada duka yang abadi…Allah tidak akan menduga seseorang itu melebihi kemampuannya…dan janganlah sekali-kali kita cintakan manusia atau perkara lain lebih dari cinta kita kepada Allah swt kerana di akhir usia hanya itu yang akan setia bersama kita.

Seperkara lagi, yang membuatkan penonton berasa dekat dengan filem ini kerana ianya memaparkan realiti sebenar kehidupan dan bukannya tipikal cerita Melayu yang selalu memaparkan unsur-unsur korporat,projek juta-juta.Kita boleh lihat dalam filem ini bagaimana Nur dan Adam mengalami krisis kewangan apabila Adam jatuh sakit.

“Nur adalah kurniaan terindah buat abang..”

Persembahan cemerlang Tiz Zaqyah,Remy Ishak dan Fizz Fairuz patut diberikan penghargaan kerana tanpa mereka filem ini tidak akan hidup. Tiz Zaqyah seolah-olah menjiwai watak ini dengan sepenuh hati sehinggakan setiap kali Nuramina bersedih,penonton dapat merasakan sekali kesedihannya.Memang terbaik. Namun,aku tidak pasti apakah maklum balas dari penonton filem ini yang belum pernah menyaksikan drama bersirinya,dapatkah mereka menyelami jiwa Nur,Adam dan Aidil dalam filem ini kerana di awal filem hanya diberikan sedikit pendahuluan untuk watak mereka.

Berani aku katakan, ini bukanlah hasil karya terbaik dari Kabir Bhatia tetapi apakan daya aku pasti semua ini kerana kekangan waktu dan kehendak penonton yang inginkan pengakhiran kisah cinta Adam dan Nuramina.Demi memuaskan hati semua pihak,inilah yang terbaik dapat dipersembahkan oleh Kabir.Pada pandangan aku, filem Cinta dan filem Sepi lebih indah dan kemas olahan skrip dan penceritaannya.
Apapun tahniah kerana buat pertama kalinya ada sebuah filem Melayu yang berjaya membuatkan aku sebak (baca : menitiskan air mata)dalam pawagam.


"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita..."

Thursday, May 26, 2011

Aku dan Mimpi









Lama tidak menulis rasa seperti hilang sebahagian identiti diri aku.
 Baru-baru ini aku menyelak kembali blog lama tulisan aku 2 tahun lepas, rasa pilu hati membaca semuanya dan rasa rindu yang teramat sangat untuk menulis kembali.
Kisah kau dan aku. Kini tiada lagi kisah kita kerana aku telah campakkannya jauh-jauh dari hati. Walau kadangkala rasa itu tetap hadir dan menyesakkan dada pabila mengingatkan  semua janji yang dimungkiri. Namun,aku yakin ini pilihan terbaik.
Kau sendiri pernah katakan “Macam mana nak lupa…memang tak boleh lupa sampai bila-bila walau tak berjumpa…” Ye sekarang terasa menyesal kerana terlalu banyak mencipta sweet memories together..kalau takde kan senang nak lupa...
Apa yang berlaku dalam hidup aku,ini yang tertulis untuk aku dan aku redha.Mungkin ini semua balasan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini tapi aku yakin akan ada kebahagiaan lain untuk aku akan datang, insyaAllah.